2026-06-05 HaiPress

Pesawat Lufthansa tersembam ketika sedang diletakkan di pintu pelepasan Lapangan Terbang Frankfurt. Foto REUTERS
FRANKFURT,4 Jun – Beberapa kakitangan cedera apabila sebuah pesawat Lufthansa tersembam ketika sedang diletakkan di pintu pelepasan Lapangan Terbang Frankfurt atas sebab yang belum dipastikan,lapor Agensi Berita Jerman (dpa) yang memetik kenyataan syarikat penerbangan itu pada Khamis.
RINGKASAN BERITA AI
−
“Beberapa kakitangan mengalami kecederaan dan kini sedang menerima rawatan perubatan,” kata jurucakap Lufthansa itu.
Keadaan sebenar yang membawa kepada insiden berkenaan sedang disiasat bersama pihak berkuasa berkaitan,katanya sambil menambah bahawa juruteknik serta kakitangan sokongan kini berada di lokasi kejadian.
Satu video yang dikongsikan oleh laman web pengesan penerbangan Flightradar 24 menunjukkan roda muncung pesawat itu patah,menyebabkan badan pesawat terhempas ke lantai.
Seorang pekerja lapangan terbang yang memakai jaket keselamatan dapat dilihat berada berhampiran muncung pesawat semasa ia menyembam,lalu melompat ke belakang bagi mengelak daripada dihempap.
Seorang lagi pekerja kelihatan berdiri di atas lif kargo di bahagian kanan pesawat. Kedua-duanya dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Beberapa imej yang tular di media sosial menunjukkan pesawat Lufthansa berkenaan tersadai dalam keadaan perutnya mencecah lantai betul-betul di sebelah pintu pelepasan.
– BERNAMA-dpa
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur