2026-06-05 HaiPress

Foto BERNAMA
PUTRAJAYA,5 Jun – Malaysia melakar kejayaan di peringkat global apabila dipilih sebagai anggota Majlis Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa Bersatu (ECOSOC) bagi penggal 2027-2029 selepas meraih undian tertinggi dalam pemilihan yang berlangsung di New York,Amerika Syarikat.
RINGKASAN BERITA AI
−
“Antara isu yang akan diberi perhatian ialah ketidaktentuan ekonomi global,krisis kemanusiaan,ketidaksamaan dan kesan perubahan iklim.
“Malaysia juga akan terus mengutamakan pembasmian kemiskinan,pembiayaan pembangunan dan reformasi sistem antarabangsa”,menurut kenyataan itu.
Wisma Putra turut memaklumkan,Malaysia akan memberi tumpuan kepada keterjaminan makanan,pemerkasaan belia,pendidikan berkualiti,penjagaan kesihatan mampu milik serta kesejahteraan komuniti rentan.
Tambah kenyataan itu lagi,dalam suasana global yang semakin mencabar,ECOSOC terus memainkan peranan penting dalam menyelaras usaha antarabangsa ke arah mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) serta memastikan pembangunan dapat dinikmati oleh semua pihak.
Untuk rekod,Pemilihan terbaharu ini menandakan kali kelapan Malaysia diberi mandat untuk menganggotai majlis berkenaan.
Sebelum ini,Malaysia pernah dipilih sebagai anggota ECOSOC bagi tujuh penggal berasingan iaitu bagi penggal 1971 sehingga 1973,1976 sehingga 1978,1983 sehingga 1985,1991 sehingga 1993,1995 sehingga 1997,2003 sehingga 2005,dan kali terakhir pada penggal 2008 sehingga 2010.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur