Komitmen RTM slot siaran sejam, lonjak semula industri animasi tempatan

2026-06-06 HaiPress

Ketua Pengarah Penyiaran,Ashwad Ismail pada sesi libat urus Kementerian Komunikasi bersama pemain industri animasi tempatan di Hulu Kelang. Foto RTM

HULU KELANG,6 Jun – Slot siaran satu jam animasi tempatan di Radio Televisyen Malaysia (RTM) disifatkan sebagai langkah penting dalam usaha merancakkan semula industri animasi negara yang sejak beberapa tahun kebelakangan ini berdepan pelbagai cabaran.

RINGKASAN BERITA AI

Terdahulu,Ashwad memberi jaminan RTM akan menyediakan slot khas itu sebagai usaha menyokong pembangunan industri animasi tempatan.

Mengulas lanjut mengenai slot sejam siaran berkenaan,Zahrin berkata peluang tersebut amat penting memandangkan industri animasi tempatan terus berkembang dengan pertambahan graduan serta tenaga kerja baharu yang memerlukan lebih banyak peluang pekerjaan.

“Ketika waktu kecil,kami sering menonton kartun di TV2. Banyak animasi yang menjadi rujukan terdahulu lahir daripada platform RTM. Sebagai contoh,Keluang Man kini diangkat di layar Perak,Upin dan Ipin serta BoBoiBoy berkembang melalui televisyen sebelum mencipta kejayaan lebih besar,” ujar beliau.

Menyentuh mengenai hak berkaitan IP pula,beliau berharap isu tersebut dapat diperhalusi dengan sewajarnya bagi membolehkan syarikat animasi menjana pendapatan menerusi pelbagai platform.

Sesi libat urus yang menghimpunkan 105 peserta mewakili hampir 50 syarikat animasi tempatan itu,bagi membincangkan hala tuju,peluang dan cabaran semasa industri animasi negara.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur