2026-06-07 HaiPress

Foto AFP
MEXICO CITY,7 Jun – Pemain skuad kebangsaan Iran hanya dibenarkan memasuki Amerika Syarikat (AS) pada hari perlawanan Piala Dunia mereka,kata Duta Iran ke Mexico Abolfazl Pasandideh,menurut laporan media pada Sabtu.
RINGKASAN BERITA AI
−
Semua anggota skuad Iran telah menerima visa untuk memasuki Mexico,yang menjadi tuan rumah bersama kejohanan dari 11 Jun hingga 19 Julai itu dengan AS dan Kanada.
Kesemua perlawanan peringkat kumpulan Iran berlangsung di AS.
Perang antara Iran dan AS bermula pada Februari,sekali gus menimbulkan keraguan sama ada pasukan Iran dapat memasuki AS untuk kejohanan bola sepak itu.
Dua perlawanan pertama Iran,iaitu menentang New Zealand pada 15 Jun dan Belgium pada 21 Jun,dijadual berlangsung di Los Angeles. Iran kemudian dijadual bertemu Mesir pada 26 Jun di Seattle,di negeri Washington di barat laut AS.- BERNAMA
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur