2026-06-08 HaiPress

Foto AFP
MANILA,8 Jun – Presiden Filipina Ferdinand R. Marcos Jr. pada Isnin mengarahkan semua agensi berkaitan menggerakkan operasi bantuan dan pemantauan susulan gempa bumi kuat di luar pesisir Sarangani yang mencetuskan amaran tsunami di beberapa wilayah pesisir di Mindanao,lapor Agensi Berita Filipina (PNA).
RINGKASAN BERITA AI
−
“Keselamatan anak-anak kita adalah yang paling utama,” katanya sambil memaklumkan bahawa Jabatan Pendidikan (DepEd) akan menyelaras pelaksanaan arahan itu bersama pihak berkuasa tempatan.
Beliau turut menggesa penduduk di kawasan yang menerima amaran tsunami supaya segera berpindah ke kawasan lebih tinggi dan mematuhi arahan pihak berkuasa.
“Kepada rakyat kami di wilayah yang terjejas,sila patuhi amaran tsunami. Segera bergerak ke kawasan lebih tinggi. Jangan tunggu. Nyawa anda lebih berharga daripada apa sahaja yang ditinggalkan,” katanya.
Marcos turut memberi jaminan bahawa kerajaan pusat sedang bekerjasama rapat dengan kerajaan tempatan dan pejabat wilayah bagi memastikan segala keperluan penduduk yang terjejas dapat ditangani dengan segera.
Gempa bumi berukuran 7.8 pada skala Richter berlaku pada 7.37 pagi Isnin di luar pesisir wilayah Sarangani.
Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina memaklumkan pusat gempa terletak 32 kilometer di barat bandar Maasim pada kedalaman 33 kilometer.
– BERNAMA
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur