2026-06-09 HaiPress

Datuk Seri Anwar Ibrahim
TOKYO,9 Jun – Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan syarahan khas di Universiti Tokyo bertajuk ‘Humanity in a Human-Machine Civilisation’ atau ‘Nilai Kemanusiaan Dalam Peradaban Manusia-Mesin’,di sini,hari ini.
RINGKASAN BERITA AI
−
Syarahan yang disertai lebih 500 pelajar universiti dan ahli akademik itu menyentuh mengenai kepentingan dalam mengimbangi nilai-nilai kemanusiaan dalam pembangunan ekonomi negara,terutama di era kecerdasan buatan (AI) berkembang dengan pesat.
Seterusnya,Datuk Seri Anwar akan mengadakan mesyuarat dengan syarikat-syarikat Jepun iaitu IBM,Mitsubishi Corporation,ENEOS Corporation,Shizen Energy Inc,DENSO Corporation dan Marubeni Corporation.
Selain itu Perdana Menteri turut mengadakan Sesi Meja Bulat yang akan melibatkan 29 tokoh dan ketua industri di Jepun. Perdana Menteri ketika ini berada di Jepun bersempena dengan lawatan rasmi selama tiga hari hingga Rabu (10 Jun).
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur