2026-06-10 HaiPress

Kepulan tebal gas pemedih mata menyelubungi beberapa kawasan
NANYUKI,10 Jun – Seorang maut manakala lebih 50 penunjuk perasaan ditahan ketika demonstrasi terbaharu membantah pembinaan kemudahan kuarantin Ebola yang disokong Amerika Syarikat (AS) di Pangkalan Udara Laikipia.
RINGKASAN BERITA AI
−
“Penduduk dan pemimpin tempatan berikrar untuk terus menentang kemudahan itu kerana berpendapat boleh menimbulkan risiko keselamatan awam,sektor pelancongan dan sumber pendapatan penduduk setempat.
“Kumpulan penunjuk perasaan juga menuduh kerajaan mengabaikan kebimbangan masyarakat serta perintah mahkamah yang menggantung projek terbabit,”jelasnya.
Kemudahan Ebola itu terletak di Laikipia Air Base,kira-kira 8 kilometer dari Nanyuki,yang terletak sekitar 200 kilometer di utara Nairobi.
Ketegangan terbaharu itu berlaku walaupun terdapat perintah daripada Mahkamah Tinggi yang menggantung operasi kemudahan terbabit dan mengarahkan kerajaan mendedahkan perjanjian yang menjadi asas kepada projek berkenaan.
Kedutaan Amerika Syarikat di Kenya sebelum ini telah cuba meyakinkan penduduk yang kemudahan pengasingan biologi itu tidak mendatangkan bahaya kepada komuniti berhampiran dan merupakan sebahagian daripada usaha yang lebih luas untuk membendung wabak Ebola di rantau berkenaan.
Dalam demostrasi sebelum ini,dua individu dilapor telah terbunuh. – REUTERS
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur