2026-06-10 HaiPress

Datuk Seri Anwar Ibrahim/RTM
TOKYO,10 Jun- Malaysia dan Jepun terus memperkukuh kerjasama strategik menerusi perjanjian jual beli gas asli cecair (LNG) selama 20 tahun yang dimeterai antara Petroliam Nasional Berhad (Petronas) dan syarikat utiliti Jepun,JERA hari ini.
RINGKASAN BERITA AI
−
Dalam sidang media sama,beliau turut menyentuh mengenai usaha memperluas pengaturan kewangan antara kedua-dua negara termasuk penggunaan mata wang tempatan dalam transaksi perdagangan.
Katanya,penggunaan ringgit dan yen secara lebih meluas mampu meningkatkan kebergantungan ekonomi serta memperkukuh hubungan perdagangan antara Malaysia dan Jepun.
Beliau turut menyambut baik persefahaman yang dicapai antara Bank Negara Malaysia (BNM) dan Bank of Japan berhubung perkara tersebut.
Lawatan rasmi Perdana Menteri ke Tokyo selama tiga hari yang berakhir hari ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan untuk memperkukuh hubungan Malaysia-Jepun dalam pelbagai bidang strategik.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur