2026-06-11 HaiPress

Panglima Armada Timur,Laksamana Madya Datuk Khir Junaidi Idris (tengah) pada Majlis Pembubaran Pangkalan Laut Tun Sharifah Rodziah (PL TSR) sebagai simbolik penamatan perkhidmatan pangkalan tersebut / Foto ihsan FB Markas Wilayah Laut 2
SEMPORNA,11 Jun – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) secara rasmi membubarkan Pangkalan Laut Tun Sharifah Rodziah (PL TSR) selepas hampir 11 tahun berperanan sebagai pangkalan hadapan strategik dalam memperkukuh keselamatan dan mempertahankan kedaulatan perairan negara di Sabah Timur.
RINGKASAN BERITA AI
−
TLDM menegaskan akan terus memperkukuh keupayaan operasinya selaras dengan keperluan semasa dan perkembangan landskap keselamatan maritim bagi memastikan kedaulatan serta keselamatan perairan negara sentiasa terpelihara.
PL TSR mula beroperasi pada 31 Julai 2015 sebagai pangkalan laut hadapan TLDM di kawasan ESSZONE sebelum dirasmikan pada 28 Mei 2016.
Pada asalnya pangkalan ini merupakan sebuah Unit Pengeluaran Luar Pesisir Bergerak atau Mobile Offshore Production Unit (MOPU) iaitu struktur atau kapal laut boleh alih yang dikenali sebagai Hercules 259 dan dibina di Houston,Amerika Syarikat pada 1973.
Melalui kerjasama strategik antara TLDM,PETRONAS dan SapuraKencana,platform berkenaan telah ditransformasikan menjadi pangkalan laut hadapan bagi memastikan kehadiran berterusan pasukan keselamatan di kawasan perairan berkepentingan tinggi di Sabah Timur.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur