2026-06-11 HaiPress

FOTO RTM
PUTRAJAYA,11 Jun – Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) memperkenalkan pendekatan lebih pantas,responsif dan proaktif menerusi gagasan “J-KOM 4.0” bagi memastikan suara rakyat dapat disampaikan secara berkesan kepada kerajaan.
RINGKASAN BERITA AI
−
Mohd Hisyamuddin berkata,J-KOM akan mengambil perhatian terhadap setiap isu tular yang mencetuskan keresahan dalam kalangan rakyat dan komuniti setempat.
Katanya,sebarang kebimbangan yang timbul di peringkat akar umbi perlu disalurkan segera kepada kerajaan agar tindakan sewajarnya dapat diambil.
Sehubungan itu,J-KOM akan mempergiat pendekatan turun padang bagi mendapatkan gambaran sebenar sesuatu isu sebaik sahaja ia dibangkitkan oleh rakyat.
Sebagai contoh,beliau sendiri telah turun ke beberapa lokasi yang menjadi perhatian umum susulan isu melibatkan komuniti Rohingya pada hari pertama beliau memulakan tugas sebagai Ketua Pengarah J-KOM.
Menurut beliau,kerajaan memandang serius isu kebanjiran warga Rohingya serta kegiatan perniagaan warga asing yang didakwa memberi kesan kepada peluang dan pendapatan peniaga tempatan,khususnya dalam kalangan Bumiputera.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur