2026-06-11 HaiPress

Exco Sains,Teknologi,Inovasi dan Komunikasi Digital negeri,Datuk Fairul Nizam Roslan (kiri) di konti Melaka FM / Foto RTM
MELAKA,11 Jun – Melaka International Intellectual Exposition (MIIEx) 2026 yang bakal berlangsung pada 24 dan 25 Jun di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Melaka,Kampus Alor Gajah menerima lebih 900 penyertaan kumpulan inovasi setakat ini,termasuk penyertaan dari luar negara.
RINGKASAN BERITA AI
−
MIIEX 2026 menawarkan lima kategori pertandingan dengan 17 anugerah disediakan untuk para peserta.
Program yang mula diperkenalkan pada 2009 itu memberi peluang kepada peserta untuk mempamerkan idea dan inovasi yang dibangunkan serta berkongsi penyelesaian kepada pelbagai isu masyarakat menerusi teknologi dan pendekatan baharu.
Sementara itu,Rektor UiTM Cawangan Melaka,Profesor Datuk Ts Dr Mohd Rasdi Zaini berkata,pihaknya mengalu-alukan penyertaan masyarakat dalam program berkenaan kerana setiap produk dan teknologi yang dipertandingkan berpotensi menyelesaikan isu-isu rakyat.
“Harapan kami agar masyarakat turut sama hadir,melihat dan berkongsi pandangan terhadap produk inovasi yang dipertandingkan. Kami percaya banyak hasil ciptaan ini berpotensi untuk diketengahkan dan dikomersialkan,” katanya.
Seni destar, hiasan kepala lambang kekayaan budaya Malaysia
Enam Exco Johor dikekalkan, empat muka baharu sertai pentadbiran negeri
PRN N9 : Kempen perlu berteraskan kedaulatan undang-undang, hormati Perlembagaan
KPDN teliti syor PAC pengurusan kawalan harga, subsidi minyak masak
JKM siasat dakwaan pengabaian di sebuah tadika di Langkawi
JPA peraku 66,312 jawatan baharu tanpa tukar ganti kepada KKM
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur