2026-06-14 HaiPress

Foto BERNAMA
KUANTAN,14 Jun – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan mengemukakan cadangan kepada Kementerian Kewangan supaya pengamal media berdaftar diberikan pengecualian khas bagi mengekalkan kuota 300 liter petrol RON95 yang dinikmati menerusi program BUDI MADANI RON95 (BUDI95) sebelum ini.
RINGKASAN BERITA AI
−
Gabungan Kelab Media Malaysia (GKMM) sebelum ini pernah memohon kerajaan memberikan pengecualian khas kepada pengamal media berdaftar yang perlu menyempurnakan tugas mereka di lapangan.
Bermula 1 April lepas,had kuota bulanan individu bagi pembelian petrol BUDI95 diselaraskan sementara kepada 200 liter sebulan daripada 300 liter susulan konflik berterusan di Asia Barat dengan harga RON95 bersubsidi kekal pada RM1.99,seliter.
Dalam perkembangan lain,berkenaan dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan,Datuk Dr. Fuziah yang juga Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) memaklumkan parti itu akan bertanding sekurang-kurangnya 20 kerusi bagi Johor dan 16 kerusi bagi Negeri Sembilan.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur