2026-06-14 HaiPress

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mendengar taklimat ketika lawatan kerja ke Rejimen Ke-4 Artileri Diraja (4 RAD),Kem Segamat./ FB Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
SEGAMAT,14 Jun – Kementerian Pertahanan (MINDEF) memperuntukkan RM10 juta bagi pelaksanaan Program Intervensi Peralihan Persaraan Angkatan Tentera Malaysia (ATM),program Pembelajaran Berasaskan Kerja (WBL),untuk manfaat kira-kira 1,300 anggota ATM yang bakal bersara.
RINGKASAN BERITA AI
−
“Apabila latihan diperkukuh melalui kerjasama dengan industri,mereka bukan sahaja mempunyai kemahiran yang diperlukan,malah mempunyai peluang pekerjaan yang lebih terjamin sebaik tamat pengajian. Ini seterusnya membolehkan mereka memperoleh pendapatan yang lebih baik dan menjadi dorongan untuk terus bekerja dalam bidang tersebut,” katanya dalam sidang media selepas mengadakan Lawatan Kerja ke Kem Rejimen ke-4 Artileri Diraja Kem Segamat di sini,hari ini.
Dalam pada itu,beliau berkata kementerian turut mengubah pendekatan latihan peralihan yang dikendalikan oleh Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) dengan mengorientasikannya secara terus bersama pihak industri.
Langkah itu bagi memastikan setiap anggota yang tamat menjalani latihan peralihan selama enam bulan akan terus diserap ke dalam sektor pekerjaan bersesuaian tanpa perlu mencari pekerjaan sendiri dengan pendapatan yang bermaruah.
Usaha berkenaan juga dapat mengurangkan kebergantungan veteran ATM kepada bantuan kebajikan kerajaan pada masa hadapan.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur