2026-06-16 HaiPress

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Met Malaysia,Ambun Dindang ketika ditemui RTM di Angkasapuri Kota Media / Foto RTM
KUALA LUMPUR,16 Jun – Rakyat Malaysia disaran menjimatkan penggunaan air dan elektrik susulan jangkaan fenomena El Nino yang akan berlarutan sehingga awal tahun 2027,membawa cuaca lebih panas dan kering di beberapa kawasan dalam negara.
RINGKASAN BERITA AI
−
Selain itu,beliau berkata penggunaan elektrik juga perlu dijimatkan kerana penjanaan tenaga,khususnya hidroelektrik,bergantung kepada sumber air yang mencukupi.
Katanya,cuaca panas turut memberi kesan kepada kesihatan serta meningkatkan risiko pembakaran terbuka yang boleh mencetuskan jerebu jika tidak dikawal.
“Bagi yang menghadapi masalah kesihatan,mohon cakna dengan keadaan ini dan mereka dinasihatkan untuk tidak berada di luar rumah dalam tempoh masa yang lama pada waktu cuaca puncak,” katanya lagi.
Sehubungan itu,orang ramai turut dinasihatkan supaya mengelakkan pembakaran terbuka kerana ia boleh menjejaskan kualiti udara serta meningkatkan risiko kebakaran hutan dan tanah gambut.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur