2026-06-16 HaiPress

Menteri Pengangkutan,Anthony Loke (dua,kiri) melepaskan tren Shuttle Kulai-Kempas pada Majlis Peluncuran Operasi Perkhidmatan Shuttle Selatan di Stesen Keretapi Kulai hari ini / foto BERNAMA
KULAI,16 Jun- Perkhidmatan Shuttle Selatan yang menghubungkan Kulai,JB Sentral dan Pasir Gudang dijangka memberi manfaat kepada lebih dua juta penduduk di koridor ketiga-tiga kawasan berkenaan.
RINGKASAN BERITA AI
−
Loke berkata,perkhidmatan berkenaan turut memperkukuh kesalinghubungan rangkaian pengangkutan awam berasaskan rel di Johor,sekali gus meningkatkan akses mobiliti rakyat antara kawasan kediaman,pusat bandar,hab perindustrian dan pusat pertumbuhan ekonomi utama negeri.
“Mereka boleh menggunakan perkhidmatan shuttle ini setiap hari untuk ke JB Sentral. Ini merupakan salah satu langkah bagi menyuraikan trafik menjelang siapnya projek Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) ke Johor Bahru.
“Apabila ETS siap beroperasi ke JB Sentral nanti,penumpang juga boleh meneruskan perjalanan ke Stesen Bukit Chagar yang terletak dalam jarak kira-kira 200 meter sahaja.
“Perkhidmatan ini mampu membantu mengurangkan kebergantungan kepada kenderaan persendirian,” katanya ketika ditemui semasa merasmikan Pelancaran Operasi Perkhidmatan Shuttle Selatan di Stesen Keretapi Kulai,hari ini.
Perkhidmatan tersebut merupakan hasil kerjasama strategik antara Kementerian Pengangkutan,Kerajaan Negeri Johor,Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) selaku pengendali perkhidmatan dan Perbadanan Aset Kereta Api (RAC) dalam usaha menyediakan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap,selamat dan mampan kepada rakyat.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur