2026-06-17 HaiPress

Foto AFP
PORT-AU-PRINCE,17 Jun – Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan penubuhan Pasukan Penindasan Geng (GSF) yang baharu bagi menggantikan misi Sokongan Keselamatan Multinasional (MSS) di Haiti.
Setiausaha Agung PBB,Antonio Guterres berkata GSF yang dianggotai kurang 1,000 personel dari Chad,Mongolia,Jamaica,Guatemala dan El Salvador dijangka akan ditingkatkan jumlahnya hingga 5,500 anggota penguat kuasa termasuk polis dan tentera.
RINGKASAN BERITA AI
−
Menurut data PBB,pelan bantuan kemanusiaan untuk Haiti tahun ini dianggarkan berjumlah AS$880 juta (sekitar RM4.1 bilion) kini dilaporkan menerima dana kurang daripada satu perempat daripada jumlah keseluruhan yang diperlukan.
Haiti,yang memegang status negara termiskin di benua Amerika,telah sekian lama berdepan ketidakstabilan politik dan sosial yang kritikal berikutan tindakan kumpulan kongsi gelap yang melakukan pembunuhan,rogol,rompakan dan penculikan secara berleluasa.
“Kumpulan terbabit telah mengganas di Haiti dan melemahkan institusi negara. Namun perkara yang paling memalukan adalah sikap tidak peduli,sikap dunia yang memilih untuk memalingkan muka daripada krisis ini,” tegas Guterres dalam satu sidang media.
Krisis keselamatan di Haiti dilaporkan semakin meruncing pada awal tahun 2024 hingga memaksa Perdana Menteri terdahulu meletak jawatan.
Kuasa eksekutif negara kini diterajui oleh Perdana Menteri Interim,Alix Didier Fils-Aime.
Meskipun berdepan situasi kemanusiaan mendesak,Guterres optimis bahawa penempatan pasukan GSF ini mampu mengubah landskap keselamatan negara itu.
“Buat pertama kali dalam tempoh bertahun-tahun,akhirnya kita dapat melihat sedikit cahaya di hujung terowong,” tambah beliau lagi.- AFP
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur