2026-06-17 HaiPress

Sultan Nazrin Shah berkenan menyempurnakan pengurniaan Anugerah Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan kepada Prof Emeritus Datuk Dr Osman Bakar pada Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan
KUALA LUMPUR,17 Jun – Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ketujuh,Profesor Emeritus Datuk Dr. Osman Bakar diumum sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1448H/2026M.
RINGKASAN BERITA AI
−
“Saya menganggap penglibatan saya dalam bidang keilmuan ini sebagai jihad saya. Mudah-mudahan Allah SWT menerima jihad ilmu yang saya laksanakan. Saya sentiasa berpegang kepada sabda Rasulullah SAW yang bermaksud,“Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad.”
“Oleh itu,sehingga hari ini saya masih menganggap diri saya sebagai seorang penuntut ilmu. Proses pembelajaran itu tidak pernah selesai,”katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima kurnia Anugerah Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan oleh Sultan Perak,Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.
Sementara itu,Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa tahun ini dianugerahkan kepada seorang pakar fiqah Islam dari Maghribi,Dr Ahmad Al-Raysuni.
Beliau pernah berkhidmat sebagai Pengerusi Kesatuan Ulama Muslim Antarabangsa,selain terkenal dengan kepakarannya dalam bidang Maqasid Syariah.
Tokoh yang yang lahir pada tahun 1953 memiliki Sarjana Muda dalam bidang Syariah dari Universiti Al-Azhar serta Doktor Falsafah dari Universiti Mohammed V di Rabat,Maghribi.
Kedua-dua tokoh menerima wang tunai sumbangan kerajaan Malaysia,trofi serta sijil.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur