2026-06-17 HaiPress

Timbalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Nazrin Shah yang juga Sultan Perak berkenan menyampaikan titah ucapan pada Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1448H/2026M di Masjid Putra hari ini / Foto BERNAMA
PUTRAJAYA,17 Jun – Pemimpin diingatkan supaya sentiasa bersikap tenang,terbuka dan berhati-hati dalam membuat pertimbangan sebelum menentukan sesuatu keputusan penting yang melibatkan kepentingan masyarakat dan negara,bagi mengelakkan kesan buruk yang akhirnya ditanggung rakyat.
RINGKASAN BERITA AI
−
Dalam titah sama,baginda turut menyeru umat Islam supaya terus menghayati semangat pengorbanan yang ditunjukkan dalam peristiwa Hijrah Rasulullah SAW sebagai panduan menghadapi cabaran masa hadapan.
Baginda menzahirkan kebimbangan bahawa nilai pengorbanan kini semakin kurang dihayati dan dalam sesetengah keadaan hanya dilihat sebagai retorik tanpa penghayatan sebenar.
Menurut Sultan Nazrin,perjuangan tidak akan mencapai makna sebenar tanpa adanya pengorbanan,manakala pengorbanan pula bukan sekadar bersedia kehilangan sesuatu yang disayangi,tetapi kesanggupan meletakkan kepentingan yang lebih besar melebihi kepentingan diri sendiri.
“Pengorbanan memerlukan keberanian,ketabahan dan keikhlasan. Ia menuntut kesediaan meninggalkan keselesaan,menghadapi kesukaran serta menanggung cabaran demi mencapai matlamat yang lebih mulia,” titah baginda.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur