2026-06-17 HaiPress

Menteri Pendidikan Tinggi,Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir
KUALA LUMPUR,17 Jun – Dakwaan 30,000 hingga 60,000 pelajar memasuki universiti awam melalui “pintu belakang” merupakan tuduhan berat,kata Menteri Pendidikan Tinggi,Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir.
RINGKASAN BERITA AI
−
“Setiap angka yang disebut mesti mempunyai sumber,metodologi dan asas yang boleh disemak serta diuji kebenarannya,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Zambry berkata beberapa universiti awam telah membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan dijalankan terhadap dakwaan berkenaan.
Beliau menegaskan tindakan itu bukan bertujuan menyekat kebebasan bersuara,sebaliknya memastikan setiap tuduhan dapat dibuktikan dan mengikut proses undang-undang.
“Jika bukti itu tidak dapat dikemukakan,maka pihak yang membuat tuduhan perlu bertanggungjawab terhadap segala kenyataan yang telah dikeluarkan,” katanya.
Beliau turut menegaskan Kementerian Pendidikan Tinggi akan terus mempertahankan integriti institusi pendidikan tinggi negara daripada dakwaan yang tidak berasas.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur