Calon sayap kanan Abelardo de La Espriella menang Pilihan Raya Presiden Colombia

2026-06-23 HaiPress

Foto REUTERS

BOGOTA,23 Jun – Calon sayap kanan Colombia,Abelardo de la Espriella disahkan memenangi Pilihan Raya Presiden Colombia selepas menewaskan pencabar daripada kem sayap kiri,Senator Ivan Cepeda dalam persaingan undi yang amat sengit pada Ahad.

RINGKASAN BERITA AI

Selain AS,Presiden Argentina Javier Milei turut merakam ucapan tahniah kepada De la Espriella,yang mesra dengan julukan “The Tiger” dalam kalangan para penyokongnya.

“Majoriti rakyat Colombia telah memilih jalan kebebasan ekonomi,kemakmuran,dan keselamatan yang mutlak.

?Kebebasan kini sedang berkembang pesat di seluruh Amerika Latin dan tiada jalan untuk berpatah balik,” kata Milei menerusi hantaran di X beliau.

Dalam pada itu,Presiden Ecuador Daniel Noboa turut memuji keputusan berkenaan sambil menyatakan bahawa keputusan pengundi di Colombia menunjukkan penolakan jelas terhadap isu imuniti undang-undang bagi pelaku jenayah.

Sebelum ini,Noboa sering mengkritik dasar pentadbiran Presiden Colombia yang bakal tamat tempoh kelak,

Gustavo Petro,ekoran kegagalan membanteras isu penyeludupan dadah dan aktiviti perlombongan haram di sepanjang sempadan bersama kedua-dua negara.

Ucapan tahniah turut dizahirkan oleh beberapa pemimpin utama serantau yang lain termasuk Presiden Chile Jose Antonio Kast,Presiden Panama Jose Raul Mulino,serta pemimpin pembangkang Venezuela Maria Corina Machado yang mengharapkan jalinan sekutu yang lebih erat bagi fasa peralihan demokrasi di negaranya.

Perkembangan politik ini berlaku ketika Peru turut mencatatkan corak pengundian yang hampir sama,menyaksikan pemimpin sayap kanan Keiko Fujimori mendahului calon sayap kiri Roberto Sanchez dalam pengiraan undi pilihan raya presiden negara tersebut. -REUTERS

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur