2026-06-23 HaiPress

Foto AFP
PYONGYANG,23 Jun – Pemimpin Korea Utara,Kim Jong Un menegaskan bahawa memperkukuh kedudukan negara itu sebagai sebuah kuasa nuklear merupakan satu-satunya cara untuk mendepani situasi keselamatan global yang semakin rumit dan sukar diramal.
RINGKASAN BERITA AI
−
Agensi berita rasmi Korea Utara,KCNA memetik ucapan Jong Un yang menuduh Amerika Syarikat (AS) dan Korea Selatan sengaja mengeruhkan situasi keselamatan di Semenanjung Korea melalui peningkatan berterusan keupayaan nuklear gabungan kedua-dua negara berkenaan.
Beliau mendakwa tindakan provokasi oleh pihak sekutu itu tidak mempunyai matlamat lain melainkan untuk melancarkan serangan ke atas Korea Utara.
“Untuk terus memperluas dan memperkukuh kekuatan nuklear… serta menggunakan sepenuhnya kedudukan sebagai negara bersenjata nuklear adalah cara paling betul dan unik untuk menangani situasi ketenteraan dan politik antarabangsa yang semakin rumit,” katanya. -REUTERS
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur