2026-06-23 HaiPress

Projek penternakan belut komersial PTSS menerima geran MADANI RM100,000.
ARAU,23 Jun – Projek Keusahawanan Sosial: Penternakan Belut Komersial yang dilaksanakan Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) menerima suntikan dana RM100,000 menerusi Geran SejaTi MADANI 2026 daripada Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU),Jabatan Perdana Menteri.
Projek berimpak tinggi itu merupakan hasil kerjasama strategik antara DagangPro Ventures,inkubator keusahawanan pelajar PTSS dan Persatuan Komuniti Kuarters PTSS bagi memperkasa pembangunan ekonomi komuniti serta melahirkan usahawan muda Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang berdaya saing.
Pengarah PTSS,Khairul Anuar Ishak berkata,projek berkenaan memberi peluang kepada pelajar mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam pengurusan perniagaan,kewangan,pemasaran serta operasi menerusi projek sebenar yang berorientasikan industri.
Menurut beliau,pelajar bukan sahaja terlibat dalam aktiviti penternakan,malah diberi tanggungjawab mengurus keseluruhan rantaian nilai projek bermula daripada pemilihan benih baka,pengeluaran,pemasaran sehingga penjanaan hasil dan keuntungan.
Katanya,pendekatan pembelajaran berasaskan pengalaman itu diyakini mampu melahirkan graduan TVET yang lebih kompeten,inovatif dan bersedia menghadapi cabaran dunia keusahawanan.
Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Projek Keusahawanan Sosial: Penternakan Belut Komersial yang disempurnakan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi,Datuk Dr. Aminuddin Hassim.
Inisiatif itu turut membuktikan peranan institusi TVET sebagai pemangkin pembangunan komuniti menerusi pelaksanaan projek berimpak tinggi yang memberi manfaat langsung kepada masyarakat setempat.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur