2026-06-24 HaiPress

Foto hiasan
[b]SAN FRANCISCO,24 Jun[/b] – YouTube mencapai satu perjanjian penyelesaian sulit dengan seorang remaja Amerika Syarikat (AS) berusia 15 tahun susulan saman mendakwa platform milik Google itu serta rangkaian media sosial lain telah menjejaskan kesihatan mentalnya.
RINGKASAN BERITA AI
−
Dalam satu kenyataan bersama,peguam plaintif,John Morgan dan Emily Jeffcott menyatakan bahawa tindakan YouTube untuk menyelesaikan kes tersebut sebelum berhadapan dengan panel juri menunjukkan kegusaran syarikat itu terhadap risiko perbicaraan terbuka.
Mereka turut menuduh para eksekutif media sosial telah merangka strategi selama bertahun-tahun untuk mengumpan kanak-kanak pada usia awal menerusi ciri-ciri aplikasi tertentu.
“Mereka menggunakan ciri-ciri seperti fungsi main automatik (autoplay) dan skrol tanpa had yang sengaja direka untuk mewujudkan ketagihan,” jelas pihak peguam.
Meskipun YouTube telah menyelesaikan kes mereka,pemilik Instagram iaitu Meta,bersama TikTok dan Snapchat,kekal dinamakan sebagai defendan dalam kes ini.
Perbicaraan yang merupakan kes kedua seumpamanya di AS itu dijadualkan bermula pada 27 Julai depan di Los Angeles.
Plaintif yang hanya dikenali dengan nama R.K.C.,merupakan seorang remaja dari Florida.
Beliau mendakwa penggunaan media sosial secara kompulsif telah menyumbang kepada masalah keresahan melampau (anxiety),kemurungan dan fikiran untuk membunuh diri yang memerlukan rawatan berterusan sehingga kini.
Kes beliau dipilih sebagai kes penanda aras untuk membantu menyelesaikan ribuan saman serupa di seluruh negara.- AFP
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur