Penduduk Hanoi protes, bantah roboh rumah demi projek pembangunan mega

2026-06-24 HaiPress

Foto AFP

[b]HANOI,[/b][b]24 Jun[/b] – Penduduk bandar raya Hanoi kini mula menzahirkan tentangan terbuka terhadap pelan pembangunan semula berskala besar yang dijangka bakal mengusir ratusan ribu penduduk dari kediaman mereka.

RINGKASAN BERITA AI

Projek itu bakal menyaksikan perpindahan sekitar 250,000 penduduk asal.

Protes berskala besar adalah sesuatu yang sangat jarang berlaku di Vietnam memandangkan kerajaan komunis negara itu tidak bertoleransi dengan sebarang bentuk penentangan.

Bagaimanapun,rungutan secara peribadi kini bertukar menjadi penentangan terbuka secara kecil-kecilan demi menyelamatkan harta benda mereka.

“Kami hidup dalam ketakutan kerana tidak tahu bila kami akan diusir dari rumah sendiri. Kami mahu suara kami didengari,” kata seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Hoa.

Pakar dari University of Oregon,Tuong Vu mengesahkan bahawa penduduk Hanoi kini mula menyatakan ketidaksetujuan dan kemarahan mereka akibat kehilangan tanah dan tempat tinggal.

“Meskipun pihak berkuasa berjanji akan memberi pampasan dan membina 85,000 unit kediaman baharu di pinggir bandar,penduduk tetap sangsi,” katanya.

Dalam pada itu,pihak bandar raya menegaskan prinsip pembangunan adalah untuk memastikan keadaan hidup baharu adalah setaraf atau lebih baik daripada yang lama.

Namun,ramai penduduk yang telah diusir dalam fasa pembangunan sebelum ini mengadu bahawa pampasan yang dibayar adalah jauh lebih rendah daripada harga pasaran.

Penduduk juga mempersoalkan tempoh masa pembinaan rumah baharu dan bagaimana mereka mahu membiayai sewa rumah sementara dalam tempoh menunggu.

Kemarahan penduduk di kawasan Sungai Merah ini juga berpunca daripada tanggapan bahawa syarikat swasta akan mengaut keuntungan besar hasil daripada pembinaan pangsapuri mewah yang menggantikan rumah asal mereka.

Sebuah konsortium yang terdiri daripada tiga pemaju sedang mengendalikan projek mega bernilai AS$30 bilion (RM133 bilion) berkenaan di bawah perkongsian awam-swasta.- AFP

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur