Serangan Ukraine gelapkan Sevastopol, tiga maut dalam pertempuran terbaharu

2026-06-24 HaiPress

Foto AFP

[b]MOSCOW,[/b][b]24 Jun [/b]– Serangan tentera Ukraine ke atas Crimea telah mencetuskan gangguan bekalan elektrik secara besar-besaran di bandar terbesar wilayah itu,Sevastopol.

RINGKASAN BERITA AI

“Musuh sekali lagi menyerang secara khianat,cuba merampas kemudahan hidup normal kita dan mencetuskan panik dalam kalangan masyarakat,” kata Razvozhayev dalam satu kenyataan.

Beliau menambah beberapa kawasan di bandar tersebut kini berdepan suhu mencecah 30 darjah selsius dijangka akan bergelap tanpa bekalan elektrik sehingga sekurang-kurangnya lewat petang Rabu.

Pertempuran udara menggunakan pesawat tanpa pemandu (UAV) ini turut mengorbankan beberapa nyawa di kedua-dua sempadan.

Pihak berkuasa tempatan melaporkan serangan dron berasingan oleh Ukraine telah mengorbankan dua orang awam di wilayah Nizhny Novgorod,Rusia.

Manakala seorang lagi maut di wilayah sempadan Belgorod.

Sementara itu, Ukraine melaporkan serangan dron tentera Rusia telah meragut nyawa seorang wanita berusia 56 tahun di wilayah sempadan Kharkiv.

Kementerian Pertahanan Rusia mendedahkan bahawa sistem pertahanan udara mereka berjaya memusnahkan lebih daripada 300 dron milik Ukraine sepanjang malam tadi.

Dalam perkembangan sama,Tentera Udara Kiev pula menyatakan bahawa Moscow telah melancarkan 101 dron ke ruang udara Ukraine semalaman dengan 95 daripadanya berjaya dipintas dan dimusnahkan.- AFP

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur