Lebih 42,000 hilang kerja tahun ini – Ramanan

2026-06-24 HaiPress

Menteri Sumber Manusia,Datuk Seri R. Ramanan/Foto JaPen

KUALA LUMPUR,24 Jun – Seramai 42,807 pekerja dilaporkan kehilangan pekerjaan antara Januari hingga 12 Jun lalu,menurut Menteri Sumber Manusia,Datuk Seri R. Ramanan.

RINGKASAN BERITA AI

“Melalui pelaksanaan pelbagai inisiatif,KESUMA sentiasa berusaha memastikan transformasi ini tidak akan menggugat peluang pekerjaan jutaan rakyat,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Azman Nasrudin (PN-Padang Serai) di Dewan Rakyat mengenai sejauh mana faktor automasi dan AI mempengaruhi trend penutupan dan pengecilan syarikat di Lembah Klang.

Beliau berkata,pasaran pekerjaan negara masih menawarkan peluang yang luas apabila portal MyFutureJobs merekodkan 606,168 kekosongan jawatan berbanding 188,062 pencari kerja termasuk mereka yang kehilangan pekerjaan.

Daripada keseluruhan individu yang kehilangan pekerjaan itu,seramai 13,999 orang atau kira-kira 33 peratus berjaya mendapatkan pekerjaan semula menerusi portal MyFutureJobs.

Ramanan berkata,kerajaan mengambil pendekatan proaktif bagi memastikan peralihan ke arah pendigitalan dan penggunaan AI berlaku secara adil tanpa menjejaskan peluang pekerjaan rakyat.

Dalam masa sama,pelbagai program peningkatan kemahiran dan latihan semula terus dilaksanakan bagi membantu pekerja menyesuaikan diri dengan keperluan pasaran kerja semasa.

Sementara itu,Ramanan berkata kajian TalentCorp mendapati kira-kira 697,000 pekerjaan berisiko terkesan akibat perkembangan teknologi dan ekonomi hijau dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang.

Menurut beliau,risiko itu boleh berlaku sekiranya pekerja gagal meningkatkan kemahiran serta menyesuaikan diri dengan perubahan keperluan pasaran kerja.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur