2026-06-24 HaiPress

Gambar Hiasan / Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,24 Jun – Ringgit mencatat penyusutan kecil sebanyak 2.1 peratus berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dari awal tahun hingga 22 Jun lalu,susulan konflik di Asia Barat yang memberi kesan kepada pasaran kewangan dan mata wang global.
RINGKASAN BERITA AI
−
“Walau bagaimanapun,ringgit tetap disokong asas ekonomi yang kukuh dari segi perkembangan domestik,” katanya pada sesi pertanyaan jawab lisan di Dewan Rakyat di sini,hari ini.
Menurutnya,prestasi ringgit turut didorong komitmen kerajaan melaksana pembaharuan struktur bagi mengukuhkan asas ekonomi Malaysia yang mendapat sambutan baik dalam kalangan pelabur tempatan dan asing.
Prestasi ekonomi negara juga kekal mampan apabila Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berkembang sebanyak 5.4 peratus pada suku pertama tahun ini,manakala kadar inflasi berada pada paras sederhana,iaitu 1.6 peratus.
Bagi keseluruhan tahun ini,ekonomi Malaysia dijangka berkembang antara empat hingga lima peratus,sementara kadar inflasi diunjurkan kekal terkawal dalam lingkungan 1.5 hingga 2.5 peratus.
Eksport negara pada Mei lalu pula berkembang sebanyak 45.3 peratus,sekali gus mencatatkan prestasi bulanan terbaik dalam tempoh tiga tahun,manakala import meningkat 14.1 peratus.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur