2026-06-24 HaiPress

Timbalan Menteri Pertahanan,Adly Zahari/Foto Bernama
Kuala Lumpur,24 Jun – Status Koperasi Tentera sebagai koperasi premier kekal utuh selepas mencatatkan penguasaan aset melebihi RM3 bilion,sekali gus membuktikan kedudukan kewangan yang kukuh di pasaran.
RINGKASAN BERITA AI
−
Tambah beliau,pembayaran dividen sebanyak 7.3 peratus turut dicadang Lembaga Koperasi dengan jumlah agihan mencecah RM126.2 juta.
Ia akan memberi manfaat kepada lebih 154,000 anggota.
Jelas Adly lagi,untuk kekal relevan,berkembang dan menyesuaikan diri mengikut perubahan zaman,Koperasi Tentera perlu memberi perhatian kepada tiga keutamaan.
”Pertama,kebajikan dan kepentingan anggota mesti sentiasa menjadi keutamaan dalam setiap perancangan dan keputusan yang dibuat.
”Kedua,koperasi perlu terus memperkukuh asas kewangannya bagi memastikan pertumbuhan yang mampan serta daya tahan organisasi dalam jangka panjang.
”Ketiga,badan ini perlu terus memainkan peranan sebagai pemangkin kepada kesejahteraan warga pertahanan dan keluarga mereka melalui pelbagai inisiatif serta perkhidmatan yang ditawarkan.’ katanya.
Beliau berkata demikian ketika hadir merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad kali ke-60 di Wisma Perwira,Kuala Lumpur.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur