2026-06-25 HaiPress

Foto RTM
YAN,25 Jun – Keputusan kerajaan menurunkan harga diesel bersubsidi kepada RM2.10 seliter bermula Julai ini disambut baik oleh pengguna,khususnya di Kampung Kuala Dulang Kecil,di sini.
RINGKASAN BERITA AI
−
Seorang lagi pengguna,Ahmad Shahini Ismail,turut menyifatkan penurunan harga itu sebagai langkah terbaik yang memberi kelegaan kepada rakyat.
“Daripada sekitar RM4 sebelum ini kepada RM2.10,ia benar-benar membantu. Pergerakan harian kini lebih selesa tanpa perlu mencatu penggunaan kenderaan,” ujarnya yang menggunakan kenderaan pacuan empat roda untuk urusan kerja.
Bagi Halim Mohamad pula,penurunan harga diesel memberi impak besar kepada mereka yang menggunakan kenderaan setiap hari bagi tujuan pekerjaan.
“Ia memudahkan urusan harian dan mengurangkan beban kos operasi,terutamanya bagi mereka yang membawa barangan,” katanya.
Sementara itu,peniaga,Hanafi Abd Manaf berkata,pengurangan harga diesel turut memberi kesan positif kepada pendapatannya.
“Setiap minggu saya perlukan antara 70 hingga 80 liter diesel untuk ulang-alik ke pasar borong Alor Setar dan Sungai Petani. Dengan harga baharu ini,kos dapat dikurangkan dan pendapatan meningkat,” jelasnya.
Kerajaan sebelum ini mengumumkan penurunan harga diesel bersubsidi sebagai langkah meringankan beban rakyat serta memastikan kesejahteraan golongan yang bergantung kepada bahan api tersebut dalam aktiviti harian mereka.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur