2026-06-25 HaiPress

Foto RTM
KUALA LUMPUR,25 Jun– Kempen Deposit Duit Syiling yang berlangsung di perkarangan Masjid Muhammadi Angkasapuri bertujuan menggalakkan masyarakat memanfaatkan semula syiling yang tersimpan.
RINGKASAN BERITA AI
−
“Pada masa sama,mereka juga boleh menginfakkan sebahagian daripada syiling tersebut kepada masjid.
“Kita membantu usaha mengembalikan syiling yang terpendam ke dalam sistem ekonomi supaya dapat dimanfaatkan semula,” katanya.
Sementara itu,Perunding Projek Khas dan Pengurusan Syiling Safeguards,Abdul Malek Sultan berkata,kempen berkenaan telah dilaksanakan di beberapa negeri sejak diperkenalkan pada Julai tahun lalu sebagai usaha mendekatkan kemudahan deposit syiling kepada masyarakat.
“Tujuan utama program ini adalah untuk memudahkan proses deposit duit syiling.
“Syiling yang disimpan di rumah dapat dikembalikan ke dalam edaran,sekali gus membantu menggerakkan aktiviti ekonomi serta menyokong keperluan industri terhadap bekalan syiling,” jelasnya.
Beliau berkata,selain agensi kerajaan,program itu turut diperluaskan ke sekolah,masjid dan kawasan komuniti sebagai usaha meningkatkan kesedaran pengurusan kewangan dalam kalangan masyarakat.
Turut memeriahkan program ialah Ketua Pengarah Penyiaran,Ashwad Ismail yang turut sama menggunakan mesin deposit syiling yang disediakan.
Program berkenaan berlangsung bermula pukul 8 pagi hingga 6 petang pada hari Khamis sehingga Jumaat ini,khusus untuk kakitangan RTM membuat deposit syiling masing-masing.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur