2026-06-26 HaiPress

Ketua Pengarah Penyiaran,Ashwad Ismail ketika menerima kunjungan hormat pihak Astro diketuai GCEO,Henry Tan/Foto RTM
KUALA LUMPUR,26 Jun – RTM dan Astro bersetuju untuk memperkukuh kerjasama strategik bagi memastikan kandungan berkualiti terus dapat dinikmati oleh rakyat negara ini melalui pelbagai platform penyiaran.
RINGKASAN BERITA AI
−
Seiring perkembangan teknologi serta peningkatan pilihan platform media,kedua-dua pihak percaya kerjasama yang lebih erat antara pemain industri adalah penting bagi memastikan akses kepada kandungan berkualiti dapat terus diperkasakan pada kos yang berpatutan dan tidak membebankan rakyat.
Menurut kenyataan itu,penonton akan terus menikmati saluran TV1,TV2,dan TV Okey di platform Astro,NJOI dan Sooka.
Peluasan penawaran saluran RTM melalui Berita RTM,Sukan+ serta rangkaian saluran radio RTM pula akan mula tersedia kepada pelanggan Astro pada masa terdekat.
RTM dan Astro yakin kerjasama yang diperkukuh ini akan memberi manfaat kepada kedua-dua organisasi,memperkukuh industri media tempatan serta memperluas akses rakyat kepada kandungan yang berkualiti,dipercayai dan relevan.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur