2026-06-27 HaiPress

Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,27 Jun – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) perlu melaksanakan transformasi strategik bagi menghadapi perubahan pesat dalam landskap keselamatan global dan serantau yang semakin kompleks serta tidak menentu.
RINGKASAN BERITA AI
−

Foto BERNAMA
Sementara itu,baginda turut menyeru agar setiap pegawai tentera yang ditauliahkan supaya memimpin anggota bawahan dengan bijaksana,adil dan menjadi contoh teladan yang baik.
Selain itu,pegawai-pegawai baharu juga turut diingatkan agar sentiasa menjauhi amalan rasuah,tidak bersikap malas serta tidak meletakkan kepentingan peribadi melebihi kepentingan tanah air.
“Saudara saudari hendaklah memimpin dengan bijaksana,adil dan menjadi contoh yang baik kepada anggota bawahan.
“Oleh itu jangan sekali-kali makan rasuah,malas bekerja dan meletakkan kepentingan diri sendiri lebih tinggi daripada kepentingan tanah air,” baginda bertitah.
Seramai 566 Pegawai Kadet (PK) ATM ditauliahkan sebagai Leftenan Muda melibatkan 466 pegawai lelaki dan 100 orang pegawai wanita pada istiadat tersebut .
Daripada jumlah tersebut seramai 438 pegawai merupakan Tentera Darat Malaysia,manakala 111 orang pegawai merupakan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan baki 117 orang pegawai lagi adalah Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur