2026-06-27 HaiPress

Perdana Menteri ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutup Ekspo Dron Malaysia (MyDrone) 2026 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS). Foto/Bernama
SERDANG,27 JUN – Teknologi dron dan kecerdasan buatan (AI) antara bidang teknologi baharu yang akan terus diteroka.
RINGKASAN BERITA AI
−
Menurutnya,Malaysia juga perlu memberi perhatian kepada industri dron yang diyakini mampu membangunkan lagi pasaran kerja dan pertumbuhan ekonomi.
Ke arah itu,katanya,kerajaan telah mengarahkan kabinet,kementerian berkaitan serta semua agensi untuk segera memberikan sokongan kepada industri pesawat tanpa pemandu (UAV) yang berkait langsung dengan industri dron.
“Sekarang industri dron dan yang berkaitan diberikan sokongan,bukan sahaja untuk pesawat udara dan industri pertahanan tetapi juga untuk pelbagai aktiviti. Contohnya dalam perladangan,saya telah melihat penggunaan dron yang luar biasa untuk membantu meningkatkan produktiviti menerusi teknologi baharu dron dan AI,” ujarnya.
Tegas Datuk Seri Anwar,usaha membangunkan industri dron perlu dimanfaatkan seiring perkembangan teknologi AI dan pendigitalan yang terus berkembang di negara ini.
Menjelang 2030,nilai pasaran global UAV dijangka melepasi $AS55 billion,sekali gus membuka peluang untuk Malaysia memanfaatkannya.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur