2026-06-27 HaiPress

Perdana Menteri berucap pada Konvensyen Kebangsaan Profesion Peguam Syarie 2026/Foto BERNAMA
PUTRAJAYA,27 Jun – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan peruntukan RM1.5 juta kepada Persatuan Peguam Syarie Malaysia bagi memperluas akses bantuan guaman syarie kepada golongan kurang berkemampuan melalui Program Bantuan Guaman Syarie (BAGUS).
RINGKASAN BERITA AI
−
Datuk Seri Anwar turut menafikan dakwaan kononnya wujud penentangan daripada pemimpin bukan Islam terhadap perkara itu dan tuduhan berkenaan ternyata tidak berasas selain bercanggah dengan keadaan sebenar dalam pentadbiran kerajaan.
Katanya,setiap cadangan berkaitan undang-undang Islam wajar diberikan penjelasan kepada semua pihak,termasuk masyarakat bukan Islam,bagi memastikan mereka memahami skop,tujuan serta bidang kuasa sesuatu pindaan atau dasar yang ingin dilaksanakan.
“Tapi seperti mana yang saya jelaskan,berdasarkan pengalaman saya dalam tiga tahun lebih menjadi Perdana Menteri sehingga sekarang,belum ada satu yang dibangkitkan termasuk tambahan peruntukan kedudukan Mahkamah Syariah yang dibantah oleh mana-mana menteri termasuk menteri bukan Melayu.
“Ini berbeza dengan tohmahan di luar. Hangat sekarang di Johor dan Negeri Sembilan. Saya beritahu perkara yang betul. Ini adalah fakta. Saya tidak ada masalah sekiranya ditanya mengenainya,” katanya.
Beliau menekankan bahawa pendekatan melalui penerangan secara terbuka adalah lebih berkesan berbanding mewujudkan konfrontasi,selain yakin hujah dalam mempertahankan syariat Islam cukup kukuh untuk menjawab sebarang persoalan yang dibangkitkan.
Jelasnya,kerajaan memilih cara berhemah dengan mendapatkan pandangan pelbagai pihak serta memberi ruang kepada proses penjelasan sebelum sesuatu dasar dilaksanakan,tanpa menjejaskan komitmen terhadap agenda memperkasakan institusi Islam.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur