2026-06-29 HaiPress

Gelang elektronik yang berfungsi memantau kesihatan dan membolehkan pengguna mendapatkan bantuan segera sekiranya berlaku kecemasan / REUTERS
ROME,29 Jun– Sebuah gelang pintar yang memantau tahap kesihatan dan mengesan kecemasan kini digunakan bagi membantu warga emas yang tinggal bersendirian di Rom,Itali.
RINGKASAN BERITA AI
−
Pakar psikologi klinikal,Piera Pomente berkata,gelang pintar itu amat membantu terutama ketika Eropah berdepan gelombang haba yang meningkatkan risiko kesihatan dalam kalangan warga emas.
“Cuaca panas boleh menyebabkan tekanan darah menurun dan menjejaskan kadar denyutan jantung,sekali gus meningkatkan risiko kecemasan,” katanya.
Seorang pengguna,Dina Gazzella,85 tahun berkata,gelang itu memberi ketenangan selepas beliau tinggal bersendirian sejak kehilangan suami pada 2023.
“Peranti berkenaan menjadi penyelamat sekiranya berlaku kecemasan ketika berada di rumah,” ujarnya.
Data pengguna dipantau oleh pasukan pekerja sosial pada waktu siang,manakala notifikasi kecemasan dihantar kepada ahli keluarga menerusi aplikasi mudah alih pada waktu malam dan hujung minggu.
Sepanjang setahun pelaksanaannya,sistem itu berjaya membantu mengendalikan dua kes kecemasan selepas ahli keluarga dimaklumkan dengan segera. -REUTERS
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur