2026-06-29 HaiPress

Antara mesej yang disuarakan penunjuk perasaan dalam protes di Brussels / REUTERS
BRUSSELS,29 Jun– Tindakan menutup sebuah taman awam utama di Brussels bagi penganjuran sambutan Hari Kemerdekaan Amerika Syarikat (AS) mencetuskan bantahan dalam kalangan penduduk tempatan.
RINGKASAN BERITA AI
−
“Kami tidak bersetuju taman awam ditutup kepada orang ramai selama beberapa hari.
Ia merupakan antara ruang hijau terbesar di Brussels dan sepatutnya kekal terbuka,terutama ketika cuaca panas,” katanya.
Sementara itu,kumpulan Greenpeace turut mengadakan protes berasingan dengan memaparkan sepanduk gergasi di Grand Place,Brussels.
Sepanduk berkenaan memaparkan mesej mengkritik isu perang,ekonomi dan krisis tenaga,sebelum ia diturunkan pihak berkuasa.
Acara sambutan Hari Kemerdekaan AS itu diadakan sempena ulang tahun ke-250 kemerdekaan negara berkenaan di Taman Cinquantenaire yang ditutup sementara atas faktor keselamatan.
Majlis tersebut turut dihadiri beberapa pemimpin antarabangsa termasuk Perdana Menteri Belgium,Setiausaha Agung NATO dan Presiden Parlimen Eropah. -REUTERS
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur