2026-06-29 HaiPress

Foto Facebook ZRA Strim
KUALA LUMPUR,29 Jun – Gabungan Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (CENTHRA) dengan lebih 50 aktivis peguam hak asasi mengumpul bukti-bukti jenayah perang dan perang menentang kemanusiaan yang dilakukan rejim Zionis Israel.
RINGKASAN BERITA AI
−
Pasukan tersebut baru sahaja tiba di Tripoli,Lubnan dan akan memulakan urusan pembahagian kawasan dan pengumpulan bukti dengan kadar segera.
Tugasan selama seminggu ini diharapkan dapat menyediakan bahan bukti terperinci daripada 100 saksi mangsa perang.
“Langkah ini juga penting; menambah landskap gerakan kemanusiaan di Malaysia. Dari misi bantuan makanan dan perubatan; kita bergerak ke misi tindakan perundangan,” tambah kenyataan itu.
Pasukan itu juga ditugaskan di Nabatiyeh atau Dahiyeh kerana ia merupakan lokasi paling teruk dibom hingga menyebabkan puluhan ribu kediaman musnah
Ramai pelarian dari selatan Lubnan kini berdepan beban ekonomi dan krisis piskologi apabila terpaksa bertebaran ke sekitar Beirut.
Projek berkenaan dibantu Cinta Gaza Malaysia (CGM) sebagai langkah berterusan bagi mendakwa kekejaman yang dilakukan rejim Zionis dibawa ke pengadilan antarabangsa.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur