2026-07-01 HaiPress

Gambar hiasan
KUALA LUMPUR,1 Julai – Malaysia berikrar untuk menyumbang US$1 juta (US$1=RM4.07) kepada Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) pada persidangan penderma UNRWA di New York pada Selasa.
RINGKASAN BERITA AI
−
Kementerian Luar,dalam satu kenyataan pada Rabu,berkata Malaysia terus menyokong kuat UNRWA dan peranan utamanya dalam menyalurkan bantuan kemanusiaan,pendidikan,penjagaan kesihatan dan perkhidmatan perlindungan yang menyelamatkan nyawa kepada pelarian Palestin.
“Sumbangan itu akan diagihkan setiap tahun dalam jumlah US$200,000 dari 2026 hingga 2030. Usaha ini ialah manifestasi nilai Amanah dan Belas Kasihan dalam rangka kerja Malaysia MADANI,” katanya.
Malaysia akan terus menyokong UNRWA supaya ia dapat memenuhi mandatnya terhadap rakyat Palestin,tambah kenyataan itu. – BERNAMA
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur