2026-07-01 HaiPress

Bumbung sebuah pusat tuisyen di kawasan Kahna,Lahore/Foto AFP
LAHORE,1 Julai – Sekurang-kurangnya 14 kanak-kanak maut manakala beberapa lagi cedera selepas bumbung sebuah pusat tuisyen di kawasan Kahna,Lahore runtuh,pada Selasa.
RINGKASAN BERITA AI
−
Beliau turut mendoakan semua mangsa yang cedera segera pulih,selain menegaskan keperluan memperketatkan peraturan keselamatan bangunan bagi mengelakkan kejadian seumpama itu berulang.
Terdahulu selepas kejadian,orang ramai berkumpul di kawasan runtuhan,manakala ambulans dan anggota polis mengepung lokasi kejadian.
Ahli keluarga mangsa dilihat tidak dapat menahan kesedihan,malah ada yang menangis ketika mengenal pasti mangsa.
Seorang peniaga,Muhammad Mustafa,berkata beliau bergegas ke lokasi sebaik dimaklumkan mengenai kejadian itu.
“Kami kebetulan melalui jalan ini sebelum dimaklumkan bumbung bangunan runtuh. Kami terus ke lokasi dan melihat kanak-kanak terperangkap di bawah runtuhan. Dengan bantuan penduduk setempat,kami berjaya menyelamatkan beberapa orang kanak-kanak,” katanya.
Seorang lagi peniaga,Sulman Ahmed,berkata penduduk setempat bertindak pantas sebelum pasukan penyelamat tiba.
“Apabila kami tiba,bumbung sudah runtuh sepenuhnya. Terdapat kira-kira 35 kanak-kanak di dalam bangunan itu. Pasukan penyelamat tiba kemudian,tetapi penduduk sekitar merupakan pihak pertama yang mengeluarkan mangsa dari runtuhan,” katanya.
Insiden bangunan runtuh sering berlaku di Pakistan berikutan penguatkuasaan kod bangunan yang lemah,selain penggunaan bahan binaan yang tidak memenuhi piawaian,aspek keselamatan juga kerap diabaikan bagi mengurangkan kos pembinaan. – VIORY
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur