2026-07-01 HaiPress

Menteri Kewangan II,Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengisi diesel pada sebuah kenderaan semasa meninjau pelaksanaan BUDI Diesel di sebuah stesen minyak,di sini,hari ini. / Foto BERNAMA
PUTRAJAYA,1 Julai – Lebih 30,000 permohonan tambahan kuota BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel) diluluskan setakat semalam bagi memenuhi keperluan pengguna yang menggunakan bahan api itu dalam kuantiti lebih tinggi.
RINGKASAN BERITA AI
−
Mekanisme itu membolehkan penerima asal memindahkan fungsi pembelian diesel bersubsidi kepada pasangan,ibu atau bapa,serta anak atau adik-beradik,tertakluk kepada syarat dan pengesahan ditetapkan.
Mengulas harga diesel bersubsidi yang diturunkan daripada RM2.15 seliter kepada RM2.10 seliter berkuat kuasa hari ini,beliau berkata,pelaksanaannya dibuat hasil penjimatan daripada pelaksanaan subsidi bersasar.
“Apabila kita memperoleh penjimatan daripada penyasaran subsidi,manfaat itu dipulangkan semula kepada rakyat melalui pengurangan harga bahan api,” katanya.
Sejak akses awal dibuka pada 27 Jun lalu,hampir 80,000 pengguna telah memanfaatkan BUDI Diesel.
Semalam,Kementerian Kewangan (MOF) memaklumkan penurunan harga diesel bersubsidi dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 700,000 pemilik kenderaan persendirian di seluruh negara.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur