2026-07-01 HaiPress

Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,1 Julai – Pemansuhan caj RM1.00 bagi pengeluaran tunai antara bank di mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dan Smart Recycler Machine (SRM) yang bermula hari ini dijangka memberi kelegaan kepada pengguna serta memudahkan urusan pengeluaran wang tanpa mengira bank.
RINGKASAN BERITA AI
−
“Sebelum ini,saya biasanya akan pergi ke cawangan bank sendiri bagi mengelakkan caj RM1 setiap kali membuat pengeluaran. Tetapi kini,saya boleh menggunakan mana-mana mesin ATM dengan lebih mudah tanpa perlu risau tentang caj tersebut,” katanya.
Tambah beliau,langkah itu juga menjimatkan masa dan perbelanjaan kerana tidak perlu lagi mencari bank ATM.
“Kalau nak jimat RM1 dulu,kita kena berjalan ke bank sendiri. Tapi sekarang boleh guna mana-mana ATM,jadi jimat masa dan kos,” tambahnya.
Sementara itu,Mohd Ali Jalaludin menyifatkan pemansuhan caj tersebut sebagai langkah yang membantu pengguna yang kerap membuat pengeluaran tunai.
“Sangat-sangat membantu. Kalau dalam sebulan ada banyak transaksi,jumlah itu akan jadi besar,” katanya.
Bagi Anis Aiman Mohd Ithnin,walaupun jumlah RM1 kelihatan kecil,ia tetap memberi kesan kepada perancangan kewangan harian pengguna.
“Kadang-kadang RM1 itu kita dah rancang cukup-cukup,tapi bila ada caj,ia ganggu perancangan. Bila dah tak ada,lebih mudah,” katanya.
Bagi seorang lagi pengguna,Shirley Foo,pemansuhan caj itu turut memberi manfaat kepada orang ramai terutama ketika situasi kecemasan.
“Jika tiada caj RM1.00,ia sememangnya memberi manfaat kepada orang seperti kami. Sekiranya berlaku kecemasan dan kami perlu mengeluarkan wang,ia sebenarnya banyak membantu kami,”katanya.
Secara keseluruhannya,pemansuhan caj RM1.00 tersebut menerima reaksi positif pengguna sebagai langkah lebih fleksibel dan memudahkan.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur