2026-07-02 HaiPress

Foto REUTERS
[b]PANAMA CITY,2 Julai[/b] – Kerajaan Panama mengumumkan rancangan untuk membina sebuah penjara kawalan maksimum khas bagi menempatkan ketua kumpulan kongsi gelap.
RINGKASAN BERITA AI
−
“Kita akan membina sebuah penjara kawalan maksimum dan mengetatkan undang-undang institusi penjara bagi mereka yang terus melakukan jenayah di dalam sel.
Pelan ini dilaksanakan dengan usaha lebih agresif termasuk mengasingkan sepenuhnya ketua-ketua kumpulan gengster ini,” kata Mulino tanpa mendedahkan butiran terperinci mengenai pelan itu buat masa ini.
Pengumuman tersebut dibuat di tengah-tengah kemarahan rakyat yang memuncak selepas seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun maut akibat ditembak ketika penyerang menyerang bapanya.
Keadaan diburukkan lagi dengan insiden hampir 200 banduan melarikan diri dari Penjara La Joyita di luar bandar raya Panama pada bulan lalu,walaupun sebahagian besarnya telah berjaya ditangkap semula.
“Saya lebih rela dituduh menyebabkan kesesakan di dalam penjara,asalkan kumpulan gengster ini tidak lagi bebas memeras ugut,membunuh,merompak dan mengedar dadah di jalanan negara kita,” tambah Mulino.
Beliau turut menegaskan bahawa banduan selepas ini tidak akan lagi dilayan seperti “tetamu di pusat peranginan”.
“Saya menyokong dasar hak asasi manusia tetapi keutamaan saya sentiasa diberikan kepada hak asasi mangsa terlebih dahulu,” katanya.
Langkah Panama ini dilihat selari dengan tindakan beberapa buah negara Amerika Latin lain seperti Ecuador dan Costa Rica yang kini sedang membina penjara mengikut model Pusat Kurungan Keganasan (CECOT) di El Salvador yang diperkenalkan oleh Presiden Nayib Bukele.- AFP
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur