2026-07-02 HaiPress

Foto REUTERS
[b]OUPIA,2 Julai[/b][b] [/b]– Kebakaran hutan berskala besar dilaporkan merentasi wilayah selatan Perancis pada Rabu,sekali gus memaksa puluhan penduduk dipindahkan segera oleh pihak berkuasa.
RINGKASAN BERITA AI
−
“Kebakaran berjaya disekat di beberapa bahagian,namun situasi keseluruhan masih belum dapat dikawal sepenuhnya,” katanya.
Operasi memadam kebakaran berdepan cabaran getir berikutan bentuk muka bumi yang berbukit-bukit dan ketiadaan laluan akses darat untuk jentera bomba.
Bagi mengatasi kekangan tersebut,beberapa pesawat pemadam api terpaksa digerakkan untuk melakukan pengeboman air dari udara.
Suhu sekitar 30 darjah celsius yang bertembung dengan tiupan angin kencang mempercepatkan lagi rantaian rebakan api merentasi kawasan belukar yang sangat kering.
Susulan itu,sekitar 200 penduduk telah dipindahkan atau diarah berkurung di dalam rumah di Pouzols Minervois dan Mailhac demi keselamatan mereka.
“Asap terlalu tebal hingga anggota bomba mengarahkan kami untuk segera meninggalkan kediaman,” kata seorang salah seorang warga emas yang dipindahka.
Dalam perkembangan sama,anggota bomba tempatan melaporkan dua lagi kebakaran kecil turut dikesan berlaku berhampiran Marseille iaitu di kawasan Rognac dan Lancon Provence.- AFP
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur