2026-07-02 HaiPress

Foto AFP
[b]K[/b][b]IEV,2 Julai[/b] – Susulan tindakan Rusia yang memperhebat serangan ke atas tapak budaya dan sejarah Ukraine,pihak pengurusan muzium Muzium Holodomor di sini mengambil langkah berjaga-jaga dengan memindahkan koleksi berharga ke lokasi rahsia yang lebih selamat.
RINGKASAN BERITA AI
−
Antara insiden terbaharu termasuklah serangan dron Rusia pada bulan lalu yang menyasarkan Pechersk Lavra; sebuah biara abad ke-11 yang dilindungi UNESCO,selain Muzium Seni Kharkiv iaitu galeri utama di Dnipro serta studio filem di Kiev.
“Tujuan mereka adalah untuk memusnahkan warisan kami dan melenyapkan bukti sejarah seribu tahun Ukraine serta identiti budaya kami yang unik,” tegas Timbalan Menteri Kebudayaan,Ivan Verbytsky.
Sementara itu, Moscow menafikan dakwaan bahawa mereka menyasarkan tapak kebudayaan secara sengaja.
Rusia sebaliknya mendakwa insiden kebakaran gereja di Kiev tersebut berpunca daripada kegagalan fungsi peluru berpandu pertahanan udara buatan Amerika Syarikat yang dikendalikan oleh tentera Ukraine.- AFP
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur