2026-07-02 HaiPress

Menteri Pendidikan,Fadhlina Sidek/ BERNAMA
KUALA LUMPUR,2 Julai – Kementerian Pendidikan (KPM) terus memperkukuh tahap keselamatan murid di sekolah melalui pemantauan berterusan serta kerjasama pelbagai agensi bagi memastikan persekitaran pembelajaran kekal selamat.
RINGKASAN BERITA AI
−
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan oleh ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu di Dewan Rakyat berhubung tahap keselamatan murid di sekolah seluruh negara serta langkah yang diambil bagi mengurangkan risiko kemalangan,buli dan ancaman lain.
Menurut beliau,KPM turut menubuhkan jawatankuasa khas yang melibatkan pelbagai agensi bagi memperkukuh pemantauan dan mewujudkan ekosistem sekolah yang lebih selamat.
Kementerian juga turut mendapat sokongan NIOSH dalam aspek keselamatan bangunan,longkang,kebakaran dan pengurusan risiko,selain melatih penyelaras keselamatan di sekolah bagi memastikan pematuhan terhadap prosedur keselamatan.
Sementara itu,berkenaan kuarters guru,beliau memaklumkan KPM akan terus memperkukuh penyediaan dan pengurusan kuarters guru di seluruh negara bagi memastikan kesejahteraan guru terjamin.
Katanya,kementerian kini sedang mengenal pasti kaedah terbaik untuk mengoptimumkan penggunaan kuarters sedia ada termasuk melaksanakan kerja baik pulih bagi unit yang masih sesuai digunakan.
“Antara perhatian utama yang kita berikan untuk kesejahteraan guru,selain daripada bilik guru adalah kuarters guru. Yang sedang kita kenal pasti bagaimana kita boleh terus mengoptimumkan selain daripada membaiki,ada juga kuarters-kuarters guru ini..sudah tidak optimum untuk dibaiki.
Tambahnya,bagi kuarters yang tidak lagi praktikal untuk dibaik pulih,usaha akan dilaksanakan bersama agensi berkaitan bagi mencari penyelesaian lebih berkesan termasuk mengoptimumkan penggunaannya untuk memenuhi keperluan sektor perkhidmatan awam yang lain.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur