2026-07-02 HaiPress

Menteri Komunikasi,Datuk Fahmi Fadzil/ BERNAMA
KUALA LUMPUR,2 Julai – Tindakan tegas dan tuntas dijangka akan dapat dilaksanakan susulan penubuhan Jawatankuasa Kerja dan Kumpulan Teknikal Khas bagi menangani jenayah penipuan dalam talian.
RINGKASAN BERITA AI
−
“Ini adalah satu langkah proaktif di pihak kerajaan untuk mengenalpasti isu-isu yang dihadapi dan menguruskan sama ada dari segi penguatkuasaan,dari segi perundangan dan juga siasatan supaya rakyat Malaysia akan dapat lebih selamat bila menggunakan platform-platform dan juga diselamatkan daripada jenayah penipuan dalam talian,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Sidang Media Mingguan di Angkasapuri Kota Media.
Datuk Fahmi turut memaklumkan pendekatan bersepadu itu sebelum ini telah membuktikan keberkesanannya dalam menangani jenayah seksual terhadap kanak-kanak yang membawa kepada penahanan seramai 117 individu yang disyaki terlibat dalam kegiatan pedofilia.
Beliau berkata pendekatan berkenaan juga diaplikasikan dan dijangka membawa perkembangan positif khusus bagi menangani kes jenayah penipuan dalam talian.
Datuk Fahmi memaklumkan mesyuarat pertama jawatankuasa tersebut juga bakal diadakan dalam masa terdekat.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur