2026-07-03 HaiPress

Wanita dan kanak-kanak beratur menunggu makanan di kem al-Mohayra dekat bandar El-Obeid. Foto AFP
NEW YORK,3 Julai – Sebuah trak disewa Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) telah diserang dengan dron di Sudan menyebabkan 50 tan bekalan bantuan kemanusiaan,musnah.
RINGKASAN BERITA AI
−
Beliau berkata,pemandu trak itu tidak cedera,namun sebanyak 50 tan metrik bekalan bantuan musnah dalam serangan berkenaan.
Bekalan yang musnah termasuk selimut,tong air,set peralatan dapur,tikar tidur,kepingan plastik dan lampu solar.
“Kesemua bekalan itu sepatutnya disalurkan kepada golongan paling terdedah yang terjejas akibat konflik,namun kini musnah sepenuhnya akibat serangan tersebut,” kata Dujarric.
Tambah beliau,ribuan penduduk yang bergantung kepada bantuan berkenaan kini tidak lagi dapat menerima bantuan kecemasan yang amat diperlukan. – AFP
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur