2026-07-03 HaiPress

Inisiatif kerajaan mudahkan akses RON95 di Pedalaman. Foto/Bernama
GUA MUSANG,3 JULAI – Masyarakat orang asli kini tidak lagi perlu melakukan perjalanan jauh untuk mendapatkan bekalan minyak,sebaliknya boleh mendapatkan bahan bakar berkenaan di penempatan berdekatan.
RINGKASAN BERITA AI
−
Sementara itu,seorang lagi penduduk,Adi Nasruddin mengakui bantuan yang disediakan kerajaan banyak membantu mereka meneruskan rutin harian.
“Kalau kita dari sini nak pergi bandar jauh. Minyak ini sangat penting untuk kami,” katanya.
Bagi pemilik stesen minyak,Suraya Muhamad,kira-kira 1,500 liter minyak akan dibekalkan sehari untuk kegunaan penduduk tempatan dan orang asli.
“Majoriti pelanggan di sini ialah orang asli. Ada permintaan petrol dan diesel. Kalau tak hujan orang pedalaman akan keluar beli,” jelasnya.
Sebelum ini,Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memperuntukkan lebih RM3.3 juta bagi melaksanakan Program Pengedaran Barang Perlu di kawasan penempatan Orang Asli Pos Brooke dan RPS Kuala Betis.
Program itu bertujuan memastikan masyarakat Orang Asli dapat membeli barangan keperluan asas pada harga yang sama seperti di kawasan bandar dan mengurangkan beban kos sara hidup penduduk di kawasan pedalaman.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur