2026-07-03 HaiPress

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan ucaptama pada sesi Meja Bulat Asia Pasifik Ke-39 semalam,menegaskan dasar luar Malaysia akan terus kekal bersifat bebas,tegas,proaktif dan tidak memihak./ PMO
KUALA LUMPUR,3 Julai – Dasar luar bebas yang ditegaskan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan sekadar memperkukuh kedudukan diplomatik Malaysia,malah menjadi faktor penting dalam menarik pelaburan asing,mempelbagaikan rakan ekonomi serta mengurangkan kebergantungan kepada mana-mana kuasa besar.
RINGKASAN BERITA AI
−
Beliau berkata,kepelbagaian hubungan perdagangan dan pelaburan turut mengurangkan kebergantungan Malaysia kepada satu-satu kuasa besar,sekali gus meningkatkan daya tahan ekonomi negara ketika dunia berdepan ketidaktentuan geopolitik.
Mengulas strategi diplomatik negara,beliau berkata Malaysia mengamalkan pendekatan ‘hedging’ atau strategi lindung nilai dengan memperkukuh hubungan bersama semua kuasa utama tanpa memberikan komitmen eksklusif kepada mana-mana pihak.
Menurutnya,strategi itu dilaksanakan melalui kepelbagaian rakan perdagangan,pelaburan dan teknologi,selain memperkukuh penglibatan dalam platform pelbagai hala seperti ASEAN dan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP).
Beliau berkata,pendekatan pragmatik dan fleksibel itu membolehkan Malaysia mengekalkan kredibiliti sebagai negara yang mengamalkan dasar luar bebas,sekali gus memperkukuh kestabilan ekonomi dan meningkatkan kesejahteraan rakyat.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur