2026-07-03 HaiPress

Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,3 Julai – Keputusan kerajaan memansuhkan caj RM1 bagi pengeluaran wang tunai antara bank menerusi mesin pengeluaran wang automatik (ATM) terus menerima reaksi positif daripada orang ramai yang menyifatkan langkah itu mampu mengurangkan beban kos harian,khususnya kepada pengguna yang masih bergantung kepada transaksi tunai.
RINGKASAN BERITA AI
−

Amirah Muhammad Zin/ RTM
Seorang pengguna,Amirah Muhammad Zin,pula menyifatkan langkah itu sebagai tepat pada masanya dalam membantu rakyat menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat.
“Keadaan ekonomi ketika ini agak mencabar. Dengan pemansuhan caj ini,sekurang-kurangnya ia dapat mengurangkan sedikit beban perbelanjaan harian pengguna,” katanya.

Gunasegaran a/l Chatramatu/ RTM
Sementara itu,Gunasegaran a/l Chatramatu berkata,inisiatif berkenaan turut memberi manfaat kepada warga emas yang masih bergantung kepada pengeluaran wang tunai di ATM.
“Ramai warga emas tidak menggunakan telefon pintar dan masih mengeluarkan wang di ATM. Ada juga yang terpaksa menggunakan ATM bank lain kerana tiada cawangan berhampiran. Jadi,pemansuhan caj ini benar-benar meringankan beban mereka,” katanya.
Beliau berharap inisiatif tersebut dapat diteruskan bagi memastikan lebih ramai pengguna menikmati kemudahan perbankan tanpa dikenakan kos tambahan.
Secara keseluruhannya,orang ramai menyifatkan pemansuhan caj pengeluaran ATM antara bank bukan sahaja membantu mengurangkan perbelanjaan harian,malah memudahkan urusan kewangan rakyat,terutama golongan yang masih bergantung kepada penggunaan wang tunai.
Caj RM1 bagi pengeluaran tunai antara bank menerusi mesin ATM berkuat kuasa 1 Julai lalu.
Terdahulu,Menteri Kewangan II,Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata,keputusan itu dicapai hasil perbincangan antara Kementerian Kewangan dan institusi perbankan bagi memastikan akses kepada perkhidmatan kewangan lebih mudah dan tidak membebankan pengguna.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur